• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

MAIPk Hulur Bantuan Segera kepada Mangsa Ribut di Kuala Kurau

KUALA KURAU, 15 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyantuni mangsa ribut yang melanda di kawasan Parit Haji Abas, Parit Haji Said dan Jalan Baru, Kuala Kurau awal pagi ini.

Kejadian ribut yang berlaku sekitar jam 1.00 pagi itu telah mengakibatkan lima (5) buah rumah mengalami kerosakan. Susulan insiden tersebut, Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim, telah turun padang meninjau keadaan mangsa serta menyalurkan bantuan kecemasan segera dalam bentuk wang tunai bagi meringankan beban dan kesukaran yang ditanggung.

Selain itu, kos kerja-kerja menebang pokok yang tumbang akibat ribut turut ditanggung sepenuhnya oleh MAIPk bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

MAIPk turut mendoakan agar semua mangsa yang terjejas dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian serta musibah ini.





DARI PEMULIHAN KE KEMAHIRAN, PROPER A CIPTA PELUANG DAN HIDUP BAHARU DI PUSAT KOREKSIONAL BATU GAJAH

BATU GAJAH, 11 September 2025 - Majlis Penutup Program PROPER A bagi Kursus Penyediaan & Pembuatan Makanan Seni Kulinari anjuran Pusat Pemulihan Akhlak Wanita Batu Gajah dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) serta Haaza Centre of Excellence sebagai penyedia latihan bertauliah telah berlangsung semalam.

Kursus selama tiga bulan bermula Jun sehingga September ini disertai seramai 30 peserta wanita Islam yang diberi pendedahan teori dan amali dalam bidang seni kulinari untuk melahirkan tenaga berkemahiran serta mampu menjana pendapatan pada masa hadapan.

Majlis penutup dihadiri oleh Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PKP S. Tanabal A/L Socklingam, bersama Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Batu Gajah, PP Mahyuddin Bin Awang. Turut hadir ialah Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, Amiruddin bin Osman, serta Pengurus Pusat Bertauliah Haaza Centre of Excellence, Zakir Shah Bin Mir Bansah.

Program ini diharap memberi manfaat besar kepada peserta, bukan sahaja dalam kehidupan harian malah sebagai persediaan menjana pendapatan serta membina masa depan yang lebih baik.


MAJLIS SERAHAN CEK SUMBANGAN RM20,000 KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

BAGAN SERAI, 8 September 2025 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini telah menyerahkan sumbangan berbentuk cek berjumlah RM20,000 kepada Sekolah Kebangsaan Bagan Serai dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna.

Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim manakala pihak sekolah diwakili oleh Puan Norlaila binti Ab Rahmat selaku penerima sumbangan.

Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong usaha pembangunan pendidikan dan prasarana sekolah, sekali gus memberi manfaat kepada warga sekolah dalam meningkatkan kualiti pembelajaran serta suasana kondusif untuk para pelajar.



115 Pelajar Biasiswa MAIPk Menggunakan Aplikasi Digital Lonjakkan Kecemerlangan SPM 2025

Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) sekali lagi melanggan Pandai Premium selama 3 bulan dan menaja seramai 115 pelajar Tingkatan 5 di bawah Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal. Program ini merupakan tajaan penuh MAIPk dengan jumlah keseluruhan RM28,175.00, sebagai usaha berterusan memperkasakan pendidikan digital.

Taklimat secara dalam talian telah disempurnakan oleh Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor. Harapan beliau agar para pelajar memanfaatkan aplikasi Pandai sepenuhnya sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2025. Beliau turut mengumumkan insentif khas kepada pelajar yang berjaya meraih keputusan cemerlang.

Melalui kerjasama bersama Pandai Education, pelajar-pelajar ini mendapat akses premium penuh secara dalam talian.

Walaupun terdapat beberapa cabaran teknikal, kerjasama ibu bapa amat membantu dan pihak MAIPk terus memantau agar semua pelajar dapat memanfaatkan aplikasi tersebut dengan baik.

Sokongan ini bukan sekadar penajaan, tetapi juga suntikan motivasi yang menjadi pemacu semangat untuk para pelajar mencapai kecemerlangan dalam SPM 2025.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.