• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Corporate
  • Client Charter
  • MAIPK News

𝐃𝐢𝐫𝐠𝐚𝐡𝐚𝐲𝐮 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮

Semoga Dirahmati dan Diberkati Allah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Sultan, Yang Di-Pertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan.

Sempena Ulang Tahun Keputeraan Tahun 2025.

Semoga Allah SWT merahmati dan melanjutkan usia Tuanku.

Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Tahniah daripada seluruh warga Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk).

Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.


MAIPk SANTUNI PENERIMA BANTUAN PERUBATAN DI DAERAH GERIK

MAIPk Cawangan Gerik meneruskan komited dalam menyantuni golongan asnaf yang berdepan cabaran kesihatan dengan menyalurkan bantuan perubatan bagi meringankan beban mereka. Sebanyak RM29,271.50 telah disalurkan kepada enam (6) penerima melibatkan pelbagai bentuk bantuan seperti susu khas, lampin pakai buang, mesin oksigen dan alatan tiub bagi memenuhi keperluan kesihatan harian mereka.

Bantuan disampaikan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Gerik, Shamsul Anuar bin Zakaria yang turut berkesempatan menziarahi penerima di kediaman masing-masing sekitar Kampung Belum Baru, Tanjung Rambai, Lawin, Air Musang Plang dan Tun Saban Pahit Luar.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi kelegaan buat penerima serta keluarga yang diuji dengan kesihatan terbatas.





MAIPk SANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI KAMPAR

Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kampar turun padang menziarahi dan menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Jernih, Changkat Baru, Malim Nawar, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengurus Cawangan Kampar, Mohd Nazrul Hisham bin Mohd Nasir, yang telah menyerahkan sumbangan segera berjumlah RM1,000.00 kepada mangsa, Muhamad Hamidun bin Kamarulzaman, bagi meringankan beban yang ditanggung.

Kebakaran yang berlaku pada 4 November 2025, jam 10.15 malam telah memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah kediaman bersaiz 30’ x 50’ serta dua buah kereta dan dua buah motosikal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

MAIPk mendoakan semoga keluarga yang diuji ini terus cekal dan tabah menghadapi ketentuan Ilahi.Semoga bantuan yang dihulurkan dapat memberi sinar semangat dan sokongan moral untuk meneruskan kehidupan.




KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD (MRCB) KE MAIPk

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh, bersama barisan pengurusan kanan MAIPk serta wakil Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerima kunjungan hormat daripada pihak Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi membincangkan cadangan pembinaan masjid dalam pembangunan Ipoh Sentral.

Kunjungan ini menjadi platform perbincangan strategik antara MAIPk dan MRCB dalam memperkukuh sinergi pembangunan berteraskan Islam dan kemaslahatan ummah, khususnya dalam aspek penyediaan kemudahan masjid di kawasan pembangunan baharu.




MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH PELANTIKAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK

IPOH, 30 Oktober 2025 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada Puan Selwah binti Haji Said, mantan Pengarah Jabatan Audit Negeri Perak yang berlangsung di Istana Kinta.

Pelantikan Puan Selwah mencerminkan kepercayaan dan penghargaan terhadap pengalaman luas serta kepakaran beliau dalam bidang pengauditan dan tadbir urus kewangan. Semoga pelantikan ini dapat memperkukuh fungsi serta kecekapan pentadbiran MAIPk dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab terhadap pembangunan ummah di negeri Perak.

Majlis turut disaksikan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri Diraja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin, Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Dato' Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Manjung, YDH Toh Seri Bijaya, Leftenan Kolonel Dato’ Shaharudin bin Haji Nazari (Bersara), YDH Toh Seri Wangsa, Dato’ Haji Ahmad Suhaili bin Md Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh.

Video : Saksikan rangkuman video sekitar Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Puan Selwah binti Haji Said sebagai Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak yang berlangsung di Istana Kinta




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.