MAIPk SANTUNI PENERIMA BANTUAN PERUBATAN DI DAERAH GERIK
MAIPk Cawangan Gerik meneruskan komited dalam menyantuni golongan asnaf yang berdepan cabaran kesihatan dengan menyalurkan bantuan perubatan bagi meringankan beban mereka. Sebanyak RM29,271.50 telah disalurkan kepada enam (6) penerima melibatkan pelbagai bentuk bantuan seperti susu khas, lampin pakai buang, mesin oksigen dan alatan tiub bagi memenuhi keperluan kesihatan harian mereka.
Bantuan disampaikan oleh Pengurus MAIPk Cawangan Gerik, Shamsul Anuar bin Zakaria yang turut berkesempatan menziarahi penerima di kediaman masing-masing sekitar Kampung Belum Baru, Tanjung Rambai, Lawin, Air Musang Plang dan Tun Saban Pahit Luar.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi kelegaan buat penerima serta keluarga yang diuji dengan kesihatan terbatas.














