MAIPk SANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI KAMPAR
Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kampar turun padang menziarahi dan menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Jernih, Changkat Baru, Malim Nawar, baru-baru ini.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengurus Cawangan Kampar, Mohd Nazrul Hisham bin Mohd Nasir, yang telah menyerahkan sumbangan segera berjumlah RM1,000.00 kepada mangsa, Muhamad Hamidun bin Kamarulzaman, bagi meringankan beban yang ditanggung.
Kebakaran yang berlaku pada 4 November 2025, jam 10.15 malam telah memusnahkan sepenuhnya sebuah rumah kediaman bersaiz 30’ x 50’ serta dua buah kereta dan dua buah motosikal. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
MAIPk mendoakan semoga keluarga yang diuji ini terus cekal dan tabah menghadapi ketentuan Ilahi.Semoga bantuan yang dihulurkan dapat memberi sinar semangat dan sokongan moral untuk meneruskan kehidupan.












