• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Home
  • Info
  • MAIPk News
  • TAKLIMAT AMIL AGIHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

TAKLIMAT AMIL AGIHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)

IPOH, 6 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Taklimat Amil Agihan bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan sebagai usaha memperkukuh sistem penyampaian bantuan zakat di peringkat akar umbi. Program ini menghimpunkan para Amil Agihan, wakil NGO serta pegawai MAIPk bagi memperkasa kefahaman dan kecekapan dalam pengurusan agihan zakat secara lebih tersusun, telus dan berimpak tinggi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, En. Syamsul Hazeman bin Md Salleh. Beliau menegaskan peranan MAIPk dalam mendepani cabaran semasa termasuk ketidaktentuan ekonomi global yang memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Beliau turut memaklumkan bahawa prestasi zakat MAIPk bagi tahun 2025 mencatatkan kutipan sebanyak RM271 juta dengan jumlah agihan RM261 juta yang memberi manfaat kepada pelbagai golongan asnaf di seluruh negeri Perak.

Sepanjang program, beberapa slot pengisian telah disampaikan merangkumi Skim Agihan Zakat, Teori dan Praktikal Pengiraan Had Kifayah, serta pengenalan sistem digital MAIPk Bestari. Selain itu, sesi petang memberi fokus kepada aspek pemantapan tadbir urus melalui Pengurusan Laporan Siasatan dan Pengurusan Tuntutan Komisen Amil Agihan, sekali gus memperkukuh integriti dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas amil.

Program ini turut menjadi platform pengukuhan jaringan apabila seramai 18 Amil Agihan dan 8 wakil NGO dilantik dalam menjayakan projek rintis agihan zakat. MAIPk berharap pelaksanaan inisiatif ini akan mempercepatkan proses agihan, memastikan maklumat asnaf sentiasa dikemas kini serta menjamin tiada golongan yang layak tercicir.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.